Sunday, June 14, 2009

lelaki lembut vs wanita keras?

Isu lelaki lembut dan wanita keras ini sebenarnya sudah acapkali diperkatakan di dalam masyarakat. Kebiasaannya apabila isu lelaki lembut dibangkitkan pada masa yang sama isu wanita kasar atau tomboy juga sebenarnya tersingkap juga. Namun sudah sekian lama isu ini seakan basi dan terkubur begitu sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman semasa menjawat jawatan Mentei Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia telah menyentak lamunan masyarakat dan mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak berkenaan fenomena ini.


Namun sejauh mana atau setakat mana tindakan atau langkah untuk menangani permasalahan ini. Jangan sampai seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kenapa isu transeksual ini dipandang remeh sedangkan ia merupakan barah yang menular dengan aftifnya kini. Apakah kerana masyarakat Melayu dikenali dengan sifat lemah lembut lantaran itumasalah lelaki lembut bukanlah isu yang penting untuk dibicarakan?. Dan wajarkah matlamat berdiri atas kaki sendiri (berdikari) membenarkan wanita hilang ciri kewanitaan dan bangga dengan lagak gaya seorang lelaki?

Islam sebagai sebuah ad-Din yang syumul memamdang isu ini sebagai satu masalah yang serius dan perlu dirawat segera. Jika kita imbas kembali sejarah kaum Nabi Luth yang disebutkan didalam Al-Quran, Allah melaknat mereka dengan amalan terkutuk mereka itu dan laknat itu kekal sehingga ke hari ini. Begitu juga rasul junjungan kita melaknat mereka yang menyalahi fitrah semulajadi mereka. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya ‘’Rasullah SAW melaknat lelaki yang berlagak dan bergaya sebagai wanita juga perempuan yang berlagak lelaki (tomboy).’’ (Riwayat Bukhari)

Isu tanseksualiti bukanlah satu perkara yang baru. Selain dari masalah status dan identiti. Kelompok transeksual ini mengaggap diri mereka sebagai mangsa diskriminasi berikutan mereka tergolong dalam kumpulan minority populasi mereka.

Kemunculan lelaki lembut dan wanita keras sememangnya menjadi perhatian masyarakat. Kebiasaanya kumpulan ini muncul dengan dengan cirri-ciri yang bertentangan dengan sifat semula jadi yang dianugerahkan Tuhan kepada mereka. Lelaki lembut akan muncul dengan cirri-ciri kewanitaaan manakala wanita keras pula berlagak seperti lelaki.

Jika dilihat dari sudut definisi transeksual, komuniti tersebut terbahagi kepada dua kelompok iaitu lelaki yang trans kepada wanita atau dikenali sebagai pondan, ponen, bapuk, darai, nyah, `girlie’, `doll’, atau `sissy’. Manakala satu lagi kelompok adalah wanita yang trans kepada lelaki seperti tomboy, pengkid, wanita macho, wanita perkasa, dan `transman’ (transeksual wanita selepas mengalami pembedahan genital).

Antara kita sedari atau tidak fenomena lelaki lembut dan wanita keras yang dialami masyarakat kita kini sekarang sudah memasuki peringkat kedua dari sudut sosiologi boleh ditafsirkan sebagai menhadapi kecelaruan gender dan disforia gender. Ketua Klinik Pakar Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.Dr Mohd Ismail Tambi berkata:

“……..disforia gender didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana penghayatan seseorang individu tentang dirinya itu bercelaru antara perasaaan gender kendiri dengan jantina anggota kelamin….”

Beliau menjelaskan transeksualisme ialah disforia gender yang paling ketara kecelaruan gender. Ia adalah suatu keadaan yang mana individu yang mempunyai anggota kelaminyang tertentu tetapi begitu yakin yang dia adalah dari golongan jantina yang sebaliknya. Disini belaku lelaki lembut dan perempuan keras.

Fakyor kewujudannya

Sikap berdiam diri masyarakat kita semasa timbulnya fenomena ini sebenarnya menyumbang . dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang terdiri daripada adik-beradik lelaki juga menyumbang kepada pengaruh sikap kasar didalam diri seorang wanita itu. Hal yang demikian juga bagi seseorang lelaki yang dibesarkan didalam suasana yang sebaliknya. Asuhan yang diberikan kepada ibu bapa dan keluarga yang salah memberi kesan yang mendalam keatas individu. Kadang kala terdapat juga sebahagian ibu bapa menginginkan anak perempuan atau lelaki dan dalam keadaan separuh sedar anak dilayan seperti anak perempuan begitu juga sebaliknya. Justeru ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul.

Akan tetapi terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa, biasanya berlaku apabila apabila anak-anak tidak lagi tinggal dibawah jagaan keluarga seperti berkerja atau melanjutkan pelajaran. Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, maka mereka tidak segan silu menukar identiti. Inilah bahana pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Hasutan dan ajakan rakan-rakanyang sememangnya telah terjebak dengan isu ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan kepada individu terebut.

Penolakan dan penerimaan masyarakat juga tidak ketinggalan pentingnya didalam perkembangan isu lelaki lembut dan wanita keras. Kita sebagai masyarakat seharusnya dan wajib memainkan peranan dan membendung fenomena yang kian menyimpang dari landasan fitrah semulajadi kehidupan manusia. Kita tidak semestinya menyisihkan mereka daripada masyarakat, namun tidak bererti kita mengiktiraf mereka. Golongan ini seharusnya diberi kaunseling dan bimbingan serta nasihat untuk kembali ke pangkal jalan. Seaidainya kita membiarkan mereka dan menyisihkan terus mereka sudah tentu mereka terus hanyut dan semakinbercambahnya kuantiti mereka.

Implikasi terhadap masyarakat

Isu ini dibangkitkan bukanlah untuk sekadar omongan kosong dan topic panas untuk dibicarakan di kedai0kedai kopi. Malahan apa yang ingin dikupaskan adalah implikasi fenomena ini terhadap agama, individu dan masyarakat.

Ajaran seks luar tabie adalah antara gejala yang merebak dan berleluasa berikutan isu lelaki lembut dan wanita kasar ini.jika kita telusi asal usul tabie gay ini yang disebut didalam Al-Quran disebut sebagai tabie lelaki kaum Luth yang lebih suka mendatangi kaum sejenisnya untuk melampiaskan hawa nafsu masing-masing melalui `pintu’ belakang atau liwat. Hubungan seksual sesame jenis yang sudah pastinya bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia menjadi amalan yang biasa. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap implikasi fenomena ini. Fenomena ini merupakan satu masalah ummah yang perlu ditangani segera sebelum ia melarat ke pelusuk masyarakt.

Rentetan dari amalan terkutuk seks luar tabie ini maka lahirlah pelbagai penyakit yang berbahaya seperti HIV. HIV anatara virus berbahay yang kian menularnya kini. Sehingga kini tiada penawar unuk penyakit ini dan mangsanya. Walaupun sudah menjadi mayat virusnya sukar dimusnahkan kecuali dibakar atau menggunakan asid pemusnah.

Musibah yang paling berbahaya yang berkait rapat dengan fenomena ini sekiranya tidak dibendung adalah gejala murtad. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak. Seperti yang kita tahu, sebagai manusia maklumi, mengubah sesuatu kepadanya boleh menjerumuskan kita kepada dosa-dosa besar yang mana meletakkan seseorang itu tergolong dalam kumpulan orang yang kufur. Realitinya pertukaran jantina membawa kepada penafian kekuasaan kekuasaan Allah sebagai pencipta makhluk dimuka bumi ini.

Sensitiviti agama tidak boleh diketepikan kerana fitrah kejadian manusia sudah ditentukan oleh Allah bahawa jantina seseorang manusia itu telah ditetapkan oleh-Nya. Apa yang membingkan , golongan transeksual yang beragama islam mengambil jalan singkat dengan menukar agama hanya semata-mata untuk lari daripada terikat dengan hokum syarak. Sebelum ini dunia telah digegarkan dengan gejal murtadyang disebabkan oleh pelbagai faktoryang lain. Oleh yang demikian, jika isu ini tidak ditangani segera ia pasti membebankan lagi dunia Islam dalam menangani masalah murtad.

Masalah pelacuran dikalangan wanita yang bermaruah yang sememangnya seumpama bisul yang membengkak dan bernanah didalam masyarakat masih tiada penyelesaian. Permasalahan ini membengkak lagi apabila ditambah lagi dengan mak-mak nyah, ponen, pondan yang menjual diri di jalanan. Maka bertambah lagi port-port bagi golongan sesat ini berpeleseran. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukansama ada mencari ataupun sesuatu yang lain, namun yang pastimenghadiahkan kemudharatan yang maha hebat kepada mereka. Lorong Haji Taib di kota metropolitan Kuala Lumpur, Jalan Yang Kalsom di Bandaraya Ipoh bukanlah lagi lokasi yang mashhur sebagai port mereka, bahkan bercambahnya lokasi-lokasibaru seandainya isu ini tidak diselesaikan.




Realiti Kehidupan Golongan Transeksual

'Dasarwarsa ini masyarakat seakan lali denagan fenomena lelaki lembut dan wanita perkasa atau keras. Bahkan tidak mengendahkan situasi yang meruncing ini. Persoalan demi persoalan menerjah fikiran yang belum tentu ada jawapannya. Adakah kita bersekongkol dengan Barat mengiktiraf golongan ini. Buktinya tubuhnya kelab golongan ini seumpama cendawan tumbuh selepas hujan turun. Adakah kewujudan kelab gay dan lesbian di merata dunia terutama di negar-negara maju di Barat, adalah lambing pengiktirafan dunia terhadap kebebasan asasi dan hak individu untuk mengeamalkan cara hidup yang sesuai dengan tabie manusia.

Dewasa ini virus bahaya tersebut bukan sekadar menempek dan menguasai golongan yang kurang berpendidikan dan lapisan masyarakat yang biasa sahaja bahkan golongan terpelajar juga menjadi sasaran pembiakan virus ini. Lelaki lembut di Institut Pengajian Tinggi bukanlah perkara yang baru bagi masyarakat kampus. Namun sejak dua tahun kebelakangan ini isu tersebut semakin ketara di kalangan intelektual tersebut. Kita sebagai golongan Azhari dan Azhariah mungkin tidak mengalami situasi ini, walaubagaimanapun sebagai para duat dan sahabat seperjuangan didalam arena keilmuan ini kita sebenarnya merasa tempiasnya juga. Lupurnya terpahit jua pada kita. Pastikan kita tiada golongan seperti ini di dalam masyarakat Azhari dan Azhariah.

Insiden ini bukan perkara remeh dan boleh diambil sikap acuh dan x acuhsahaja didalam menanganinya. Ada di kalangan masyarakat kita yang memandang ini bukan soal Negara dan tidak penting untuk diketengahkan. Malahan menemplak kembali pemimpin yang perihatin dan membangkitkan kebimbangan terhadap isu ini. Sampai bila kita ingin mununding jari kepada orang lain menyalahkan sesame sendiri? Impaknya resolusi tidak tercapai juga. Bengkak yang berisi nanah semakin membesar dan boleh pecah bila-bila masa sahaja.

Kita selami realiti kehidupan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Di dalam masyarakat kampus, terserempak dengan golongan lelaki yang lemah lembut , berambut ikal mayangberbibir mungil adalah situasi biasa. Kadang kala golongan ini kelihatan lebih ayu berbanding mahasiswi-mahasiswi yang lain. Malah sejak kebelakangan ini kita mulai terdengar suara-suara lantang yang memperjuangkan hak kesamarataan golongan transeksual di sisi masyarat. Scenario ini semakin hangat apabila penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam menyuarakan hasrat mereka supaya golongan transeksual ini diberi kebebasan dalam menentukan hala tuju kod etika berpakaian dan juga penggunaan nama mengikut pilihan sendiri, mereka turut menunutut supaya kemudahan asas seperti tandas dan asrama dibina khusus untuk golongan transeksual.